Aktiviti Kebajikan

Majlis Deepavali BAKTI 2017

24 Oktober 2017
Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur

Sempena menyambut Perayaan Hari Deepavali, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah menganjurkan sebuah majlis minum petang kerjasama bersama Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober 2017. Majlis sambutan Deepavali ini diraikan bersama-sama anak-anak yang kurang bernasib baik dari 10 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang. Majlis ini dihadiri lebih kurang 200 kanak-kanak dan dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian dari kumpulan Permata Seni dan The Temple of Fine Arts.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Yang DiPertua BAKTI telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50, 000 kepada rumah kebajikan tersebut dan masing-masing menerima RM5000. Antara institusi yang menerima sumbangan tersebut ialah Rumah Kebajikan Karunai Illam, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Pusat Jagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah, Persatuan Sindrom Down Malaysia , Tasputra Perkim, The National Autism Society of Malaysia, Malaysia Mental Health Association, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cancerlink Foundation dan Persatuan Utk Orang Kurang Upaya Akal Selangor & Wilayah Persekutuan (SAMH).

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033421
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
59
205
33421