Pengenalan

Mesyuarat Agong Tahunan

Mesyuarat Agong Tahunan BAKTI hendaklah diadakan secepat mungkin selepas penutup tahun kewangan dan tidak lewat dari 31 Mac setiap tahun. Ahli Biasa BAKTI diwajibkan menghadiri mesyuarat dan dikehendaki membayar yuran tahunan. Ahli Bersekutu yang telah membayar yuran tahunan boleh menghadiri Mesyuarat Agong manakala, Ahli Kehormat tidak perlu membayar sebarang yuran. Mesyuarat Agong Tahunan BAKTI dipengerusikan oleh Yang DiPertua BAKTI dan dirasmikan oleh tetamu Khas. Agenda Mesyuarat dimulai dengan ucapan Yang DiPertua BAKTI selaku Pengerusi. Setiausaha Kehormat BAKTI akan membentangkan Minit Mesyuarat Agong BAKTI yang lepas. Minit Mesyuarat perlu diterima dan disokong dikalangan ahli-ahli yang hadir.

Antara tugas Mesyuarat Agong Tahunan adalah seperti berikut:-

  1. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agong Tahunan tahun lalu.
  2. Menerima Penyata Tahunan berkenaan aktiviti BAKTI tahun lalu.
  3. Menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu.
  4. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir pada setiap 3 tahun.
  5. Memilih Juruaudit Dalam pada setiap 3 tahun.
  6. Menerima laporan dari Lembaga Pentadbir Bangunan BAKTI Siti Hasmah atau mana-mana badan atau Jawatankuasa Kecil yang dibentuk dari masa ke semasa.
  7. Mengesahkan perlantikan Penasihat Undang-undang dan Juruaudit Luar.
  8. Membentang dan membincang segala usul yang telah diterima tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agong Tahunan.

 

     

Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Mesyuarat Agong yang telah dijalankan oleh BAKTI

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

016324
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
9
128
16324