Aktiviti Pembangunan Insan

Solat Sunat & Tazkirah Sempena Bulan Ramadan 2017/1438H

06 Jun 2017
SERI PERDANA

Selain menjalankan aktiviti amal dan kebajikan kepada masyarakat, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) bersama ahli-ahli BAKTI juga tidak lupa mengimarakkan Bulan Ramadan Al-Mubarak 2017 ini dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan Solat Sunat Tasbih dan Tazkirah. 

Solat Sunat Tasbih dan Tazkirah ini adalah aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh BAKTI pada setiap tahun yang dihadiri oleh seramai lebih 100 orang tetamu bagi menghayati bersama-sama kenikmatan Bulan Ramadan. Pada majlis berkenaan, penceramah terkenal Datuk Dr Datma El-Zahra telah menyampaikan tazkirah yang berkisar mengenai amalan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian serta manfaat yang diperoleh dengan menunaikan solat sunat tasbih. Dr Fatma turut mengimamkan solat sunat tasbih tersebut. 

Majlis yang penuh syahdu ini dihadiri oleh ahli-ahli BAKTI juga turut disertai oleh Badan-badan kebajikan Wanita yang lain sepertu BAKAT, PUSPANITA, PERKEP serta pelajar-pelajar universiti. Sebelum majlis tamat, setiap tetamu diberikan saguhati yang disampaikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai tanda ingatan Yang DiPertua BAKTI.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

022641
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
129
184
22641