Pengenalan

Pendidikan

Pendidikan merupakan satu instrumen penting dalam pembinaan sesebuah negara. Melalui pendidikan, pucuk pimpinan negara dapat membentuk modal insan yang berkualiti, mencorak generasi pewaris dan membina tamadun bangsa. Menyedari hakikat ini, JKK Pendidikan menggariskan beberapa matlamat dalam perancangan gerak kerjanya.

  • Menyediakan platform kepada generasi muda untuk berinteraksi secara ilmiah bersama BAKTI melalui Program Retreat Kepimpinan Perdana.
  • Membantu pelajar kurang berkemampuan tetapi berpotensi untuk menaikkan tahap kecemerlangan dalam peperiksaan dan seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Program Dermasiswa BAKTI ialah program tahunan bertujuan untuk memberi bantuan dalam bentuk kewangan (Dermasiswa) kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang berpotensi cemerlang dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Setiap ahli BAKTI akan memilih 10 pelajar yang layak, dari kawasan Parlimen masing-masing untuk dicalonkan menerima Dermasiswa ini. Pelajar-pelajar yang layak akan menerima RM600 setahun untuk tempoh dua tahun.
  • BAKTI juga menyerahkan sumbangan kepada Universiti-Universiti Awam yang terpilih di bawah syarat-syarat tertentu. 

 

     

  

Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Pendidikan yang telah dijalankan oleh BAKTI

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

008959
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
124
131
8959