Pengenalan

Semai BAKTI

Program Semai Bakti ini merupakan satu inisiatif Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) bagi membantu pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) OKU di seluruh negara. Ianya merupakan usahasama pintar di antara pihak Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dengan kerjasama badan-badan amal isteri pemimpin-pemimpin di negeri-negeri, Kementerian-kementerian, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan para sukarelawan sebagai satu strategi membantu negara dalam membangunkan masyarakat dan memanisfestasikan rasa prihatin dan penyayang kepada seluruh masyarakat termasuk golongan OKU.

Aktiviti:

  • Program Klinik Bergerak- Khidmat Masyarakat iaitu mengadakan pemeriksaan kesihatan serta ubat-ubatan asas percuma sekiranya perlu untuk OKU di pusat-pusat PDK dan juga komuniti setempat.
  • Menganjurkan kursus-kursus (program pengisian) untuk para Penyelia dan Petugas pusat-pusat PDK di seluruh Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan ilmu mengendalikan pusat PDK dan golongan OKU di bawah penjagaan mereka.
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Para Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  • Program OKU berdikari ‘Satu PDK Satu Produk’ dengan memberi latihan kemahiran supaya dapat meneruskan kerjaya di sektor kerajaan dan swasta .
  • Kempen Intervensi Awal Mencegah Dari Berlakunya Kecacatan Kepada kanak-kanak dengan kerjasama dan usahasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan.

 

 

     


Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Semai BAKTI yang telah dijalankan oleh BAKTI

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

022643
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
131
184
22643