Latar Belakang

Latar Belakang BBSH

 

Untuk satu jangka masa yang lama, BAKTI beroperasi dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran dari rumah ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir. Satu usaha dilancarkan untuk mendapatkan tanah dan dana bagi membina sebuah bangunan. Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk terdiri dari beberapa ahli BAKTI dan dibantu oleh syarikat arkitek DBA Architect (M) Sdn.Bhd, perunding NFL Sdn.Bhd, Perunding Bersatu Consulting Engineers dan Pentago Sdn.Bhd. Firma-firma tersebut telah memberi khidmat secara gratis.

Pada 28hb Mei 2002, selepas 25 tahun penubuhan BAKTI, upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri ketika itu. Pembinaan bermula pada 12hb Jun 2002.

Bangunan BAKTI Siti Hasmah, lambang kemegahan BAKTI ini telah dilancarkan pada 12hb Oktober 2003. Semua aktiviti dijalankan di bangunan sendiri, tidak lagi menumpang di rumah orang. Pelbagai kemudahan disediakan seperti Bilik-bilik mesyuarat, Perpustakaan, bilik latihan dan ruang untuk disewakan.

Tugas Lembaga Pentadbir

  • Mengurus-atur keperluan aktiviti-aktiviti Urusetia dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil BAKTI.
  • Melaksanakan aktiviti MIND (Malaysian Information Network On Disabilities)
  • dan Tunas Juara BAKTI (Badminton)
  • Membina dan mengurustadbir Pusat Sumber
  • Mengurustadbir dan mengawalselia BBSH dalam melalui Nilam Hebat Sdn Bhd.

 

 

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

008956
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
121
131
8956