Aktiviti MIND

Majlis Pelancaran Laman Web MIND

6 November 2017
BBSH

Majlis Pelancaran Laman Sesawang Malaysia Information Network On Disabilities (MIND) telah diadakan pada 6 November 2017, 2.30 petang. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Sero Rosmah Mansor selaku Yang DiPertua BAKTI yang dihadiri oleh seramai 160 tetamu termasuk ahli-ahli BAKTI, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri/ Daerah, guru besar, Penolong Kanan, ibubapa, pakar perubatan, terapis, doktor, NGO dan Pegawai Kementerian Kesihatan.

Menerusi ucapan Yang DiPertua BAKTI, lebih 300 kanak-kanak autism dilatih menerusi intervensi awal, prasekolah dan pendidikan komuniti oleh badan  itu.Menyedari fenomena peningkatan kejadian autisme dan keperluan ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami autisme, Projek BAKTI-MIND telah membuat penambahan baru kepada laman sesawang dengan menyediakan pautan kepada laman sesawang Pusat PERMATA Kurnia, iaitu sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan intervensi awal dan prasekolah khas kepada kanak-kanak yang mengalami autisme. Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemahiran sosial, kemahiran komunikasi dan imaginasi kanak-kanak. Hal ini menyebabkan kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan dalam pertuturan, mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan orang lain dan mempunyai minat serta kemahiran bermain yang terhad.

Orang ramai boleh mencapai pautan iKurnia menerusi laman www.mind.org bagi mendalami dan memahami maksud autisme. Majlis ini teruskan dengan sesi penerangan Laman Web MIND oleh Danny Ghaniah, CEO 4Thirteen Group Sdn Bhd. Seterusnya, penerangan mengenai Laman Web PERMATA Kurnia dan iKurnia oleh YBrs. Prof. Dr. Hasnah Toran, Pengarah Pusat PERMATA Kurnia.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033420
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
58
205
33420