Pengenalan

Malaysian Information Network On Disabilities (MIND)

Projek ini dimulakan pada Februari 2004 dengan tujuan mewujudkan satu rangkaian maklumat yang bakal membekalkan satu perkhidmatan menyeluruh (melalui laman web) dalam usaha meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya (OKU) juga penjaga serta sesiapa juga yang ada kaitan dengan kerja-kerja bersama OKU. Pelancaran laman web MIND www.mind.org.my telah disempurnakan pada 25 Julai 2006. YABhg Toh Puan Datuk Dr. Aishah Ong, YBhg Datuk Noorhayati Kamaluddin dan seorang pakarunding (sukarelawan) YBhg Prof. Dato’ Dr. Zaliha Omar bertanggungjawab ke atas pelaksanaan MIND. Mereka dibantu oleh seorang Pegawai Tadbir IT dan beberapa orang sukarelawan termasuk OKU.

Aktiviti:

Aktiviti teras Projek BAKTI-MIND adalah pengumpulan dan penyebaran maklumat yang bersesuaian dengan keperluan OKU yang dapat memperkasa dan meningkatkan kualiti hidup OKU. Selain itu, aktiviti tetap yang lain termasuk yang berikut:

  • MIND Education Series
  • Persidangan BAKTI-MIND
  • Human Capital Building
  • MIND End-User Workshop
  • Projek Penyelidikan dan Pembangunan bertajuk ‘Sukan dan Rekreasi untuk OKU dan Kajian Kaedah Penilaian Peserta OKU dalam Projek-projek Economic Empowerment Programme (EEP). 
  • Tinjauan Persekitaran Binaan Bebas Halangan di tempat-tempat awam untuk menilai ciri alam persekitaran bebas halangan untuk OKU yang terdapat di Malaysia. 
  • Pengumpulan dan penyusunan Data dan Foto, Penulisan dan Proses Pengeditan ‘ A Decade of BAKTI-MIND Project’. Setelah 10 tahun diusahakan sebuah buku ‘ A Decade of BAKTI-MIND Project’ dihasilkan. Ia mengumpulkan semua data dan maklumat-maklumat program-program yang telah dijalankan oleh BAKTI-MIND sejak penubuhannya pada tahun 2006.
  • Buku Therapeutic Sensory Stimulation Garden (TSSG): An introduction by BAKTI-MIND Project merupakan kesinambungan daripada Bengkel MIND Education Series XXIV (MES XXIV): Kearah Masyarakat Inklusif melalui Pengenalan kepada Konsep Therapeutic Sensory Stimulation Garden (TSSG) untuk Masyarakat Pelbagai Umur. Buku ini ditulis bersama oleh Ketua Projek BAKTI-MIND, Dato’ Dr  Zaliha Omar, yang juga mantan Ketua Unit Pemulihan Perubatan, PPUM dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Universiti Malaya, Dr Hazreena Hussein.
  • BAKTI-MIND Autisma akan dilancarkan. Fokus BAKTI-MIND 2017 akan beralih dari isu-isu kecacatan fizikal ke isu-isu autisma. Untuk ini BAKTI-MIND bekerjasama dengan PERMATA Kurnia. 

 

 

 

     

 

Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti MIND yang telah dijalankan oleh BAKTI

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

022649
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
137
184
22649