Aktiviti Tunas Juara

Pelancaran Program Tunas Juara Remaja 2017

30 Oktober 2017
Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur

Majlis Pelancaran Program Tunas Juara Remaja BAKTI (TJRB) telah diadakan di Gelanggang Sukan Kompleks Seri Bintang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan pada 30 Oktober 2017. Program yang dilancarkan sempena ulang tahun BAKTI ke 40 ini merupakan kesinambungan dari Program Tunas Juara BAKTI (TJB), yang diadakan untuk murid-murid sekolah rendah.

Seramai 26 pelatih menyertai projek Tunas Juara Remaja BAKTI terdiri dari pelatih-pelatih yang tamat latihan Tunas Juara BAKTI, pelajar-pelajar SMK Seri Bintang Selatan dan pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran.
Sempena pelancaran tersebut, satu perjanjian persefahaman telah ditandatangani antara BAKTI, SMK Seri Bintang Selatan dan penaja utama program ADIDAS BADMINTON.

Majlis yang dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua BAKTI  ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Program TJRB diharap akan mencapai kejayaan melahirkan juara-juara sukan badminton negara seperti Leong Jun Hao, Tan Sueh Jeon dan Hoo Pang Ron (kini di bawah naungan BAM) yang pada permulaanya mendapat didikan latihan awal bersama Program TJB. Majlis Pelancaran Program Tunas Juara Remaja BAKTI dimeriahkan dengan perlawanan mesra antara wakil ahli BAKTI dan permain Tunas Juara Remaja BAKTI.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033422
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
60
205
33422