Pengenalan

Tunas Juara

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak berbilang kaum, lelaki dan perempuan di antara umur 7-12 tahun dari Kuala Lumpur mempelajari teknik bermain badminton dengan cara yang betul. Harapan BAKTI agar kemudahan prasarana yang ada di BBSH akan menjadi gelanggang mencipta juara.

Pelancaran

Pelancaran program dan logo Tunas Juara telah disempurnakan pada 4 April 2006 di Dewan BBSH.

Program Tunas Juara ini dibantu oleh seramai 5 orang Jurulatih dari sekolah sekitar BBSH dan Kuala Lumpur. 59 orang pelatih menyertai program ini. Latihan Program Tunas Juara diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. 

Pencapaian pelatih Tunas Juara :

  • Kejohanan Badminton Peringkat Negeri MSSWPKL
  • Kejohanan Badminton Peringkat Kebangsaan MSSM
  • Kejohanan Badminton Sirkit Remaja BAM (Final GP) 
  • Kemasukan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil
  • Kem Badminton  Astro
  • Menyertai Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2016 : Bilbao, Sepanyol

Usaha sedang dijalankan untuk mengembangkan program ini ke peringkat sekolah menengah.

 

 

       

 

Seterusnya....

Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Tunas Juara yang telah dijalankan oleh BAKTI

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033409
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
47
205
33409