Lagu BAKTI

Lagu BAKTI

Lagu yang menjadi kebanggaan BAKTI berjudul "Bersatu, Berjasa, Berbakti" telah dicipta pada tahun 1978. Ia digubah oleh Dato’ Johari Salleh, Ketua Orkestra RTM dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Setiausaha Kehormat BAKTI yang pertama, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid telah mengilham dan mencipta lirik lagu tersebut. Lagu kemudiannya dirakam dan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Kebangsaan diiringi oleh Orkestra RTM. 

Pada tahun 2002, sempena ulang tahun BAKTI yang ke-25, lagu tersebut telah diberi nafas baru. Ia digubah semula sambil mengekalkan rentak 'march' lagu asal. Dengan susunan lagu baru, ahli-ahli BAKTI telah merakamkan lagu tersebut yang diguna pakai hingga ke hari ini.

 

 

         
Bersatu, Berjasa, Berbakti
Semua isteri ibu pertiwi
Bersama bantu diberi
Pada mereka yang mengharapi

Mari semua berganding tangan
Kita menjalankan kewajipan
Tanggungjawab semua insan
Beban negara kita ringgankan

Tua atau yang muda
Cacat juga yang biasa
Bencana alam maya
Kita bantu sentiasa

Berbakti, Bersatu, Berjasa
Kami isteri-isteri dinegara
Bantu mereka yang lemah
Supaya capai hidup bahagia

Lagu : Dato' Johari Salleh
Lirik : Puan Sri Salbiah Abdul Hamid

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

008931
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
96
131
8931