Pengenalan

Pengenalan

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) adalah satu organisasi sukarela yang ditubuhkan di atas kesedaran dan hasrat untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Badan amal ini diketuai oleh isteri Perdana Menteri semasa dan ahlinya terdiri dari isteri Menteri-menteri dan Timbalan- timbalan Menteri serta isteri bekas Menteri dan Timbalan Menteri. 

BAKTI menjalankan pelbagai program amal dan gerak kerja dengan satu matlamat untuk membantu rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. 

Selain dari aktiviti kemanusiaan dan kebajikan, BAKTI turut menganjurkan program peningkatan ilmu dan kemahiran dalam melahirkan golongan isteri pemimpin yang berilmu, serba boleh dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

KEAHLIAN

Ahli Kehormat

Dianugerahkan kepada isteri bekas Perdana Menteri dari Parti Komponen Barisan Nasional.

Ahli Biasa

Keahlian sebagai Ahli Biasa BAKTI ini terbuka hanya kepada isteri pertama:-

  • Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
  • Menteri dan Timbalan Menteri
  • Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat
  • Yang DiPertua Dewan Negara dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara

Ahli Bersekutu

Isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Menteri, bekas Timbalan Menteri, bekas Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta isteri bekas Setiausaha Parlimen yang merupakan penjawat atau wakil dari parti komponen Barisan Nasional.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

022645
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
133
184
22645