Sejarah

Sejarah

Sehingga tahun 1977, isteri Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri hanya sekadar bertemu di majlis-majlis rasmi dan tiada berpeluang untuk memupuk silaturrahim. Menyedari hakikat ini, sekumpulan isteri pemimpin negara diketuai oleh YABhg Tun Suhaila Tan Sri Haji Noah telah menubuhkan satu persatuan yang diberi nama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri. Persatuan tersebut dengan nama ringkasnya BAKTI didaftarkan pada 16 Mei 1977. Matlamat utamanya adalah untuk menggembleng tenaga isteri-isteri pemimpin negara untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

 

YANG DIPERTUA
Allahyarhamah Tun Suhaila Haji Noah - (1977 - 1981)
YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali - (1981 - 2003)
Allahyarhamah Tun Endon Mahmood - (2003 - 2005)
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor - (Memangku : 2005 - Jun 2007)
YABhg Tun Jeanne Abdullah - (2007 - April 2009)
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor - (April 2009 - kini)

 

NAIB YANG DIPERTUA
YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali - (1977 - 1981)
YABhg Datin Maria Musa - (1981 - 1985)
Allahyarhamah Toh Puan Hajah Asmah Alang - (1986 - 1994)
YABhg Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail - (1995 -1997)
Allahyarhamah Tun Endon Mahmood - (1998 - 2003)
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor - (2004 - April 2009)
YABhg Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman - (April 2009 - 2015)
YABhg Datin Seri Hamidah Khamis - (2015 - Kini)

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

033400
Hari Ini
Semalam
Jumlah Keseluruhan
38
205
33400