Aktiviti Acara Khas

Majlis Seribu Kenangan Seri Paduka Seri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hjh Haminah bagi memjunjung kasih Seri Paduka Baginda bersama BAKTI

06 Disember 2016

SERI PERDANA, PUTRAJAYA

Pada 6 Disember 2016, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) telah menganjurkan Majlis Seribu Kenangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Seri Perdana, Putrajaya. Majlis Menjunjung Kasih ini diadakan bagi menjunjung kasih Seri Permaisuri Agong di atas segala sokongan yang tidak berbelah bagi Seri Paduka Baginda Tuanku di setiap aktiviti yang direncanakan oleh BAKTI.

Majlis Seribu Kenangan berlangsung dengan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku hajah Haminah, ketibaan Kerabat Diraja serta ketibaan tetamu jemputan. Selepas keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda, sesi bergambar kenangan bersama Seri Paduka Baginda Permaisuri dan ahli-ahli BAKTI. dimulai dan diserikan dengan persembahan video yang bertajuk Permaisuri yang memuji keperibadian dan kemulian Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah.

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105670
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
282
303
105670