22 Jun 2015
BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), telah menyerahkan sumbangan juadah hari raya kepada anggota keselamatan negara sempena Aidilfitri. Yang DiPertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor berkata BAKTI menyanjung tinggi pengorbanan dan semangat patriotisme anggota pasukan keselamatan demi menjaga keamanan ketika umat Islam lain bergembira meraikan Aidilfitri bersama keluarga.
Sebanyak 49,500 kotak berisi rending daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi impit disediakan dengan 20,000 daripadanya diagihkan kepada ATM, 25,000 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 4500 kotak lagi untuk APMM.