Aktiviti Acara Khas

Majlis Pembungkusan Sumbangan Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan Negara 2017

24 Mei 2017
DEWAN BBSH

Kira-kira 57,000 bungkusan makanan bernilai RM541,000 disediakan oleh Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) untuk diagihkan kepada Pasukan Keselamatan Negara sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) berkata bungkusan yang mengandungi nasi beriani, ayam masak merah, dalca sayur dan acar buah akan diserahkan kepada pasukan  Keselamatan yang sentiasa berkorban  menjaga keselamatan negara. 

Sebanyak 20,000 bungkusan akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 30,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 7000 kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). 

Pihak BAKTI telah menyediakan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan pada tahun ini sedikit kelainan dibuat dengan menyumbangkan nasi beriani sebagai tanda ingatan kepada petugas keselamatan yang berkhidmat semasa sambutan hari raya nanti. YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut berasa gembira dengan bungkusan juadah yang disediakan serta mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan seterusnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Dalam majlis ini, kira-kira 534 buah kotak dibungkus manakala selebihnya diagihkan kepada pasukan keselamatan. Selain itu, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan cenderahati kepada petugas-petugas yang bertugas serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar yang turut membantu.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075380
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
144
472
75380