Aktiviti Acara Khas

Program Prihatin Wanita BAKTI (Teluk Intan)

24 Mac 2018
Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan Perak

Sempena tahun memperkasakan wanita,   Badan Amal dan Kabajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) telah menganjurkan program Prihatin Wanita BAKTI yang  diadakan di Teluk Intan, Perak pada 24 Mac 2018.

Kira-kira 1000 tetamu wanita dan pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini. Selain dari  YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Seri DiRaja Hamidah Khamis, Naib Yang DiPertua BAKTI, ahli BAKTI serta ahli BAIDURI, Isteri YAB Menteri Besar Perak, YABhg Datin Seri Saripah Zulkifli,Yang DiPertua Baiduri serta  YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan serta Isteri Datin Seri Adeline Yeoh juga turut hadir.

Seramai tiga penceramah telah menyampaikan ceramah yang berkaitan cara-cara meningkatkan ekonomi diri, kesihatan kanak-kanak serta jati diri iaitu YBrs Dr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah, Pensyarah dari UKM, YBrs Prof. Madya Dr.Hasnah binti Toran, Pengarah PERMATA Kurnia Centre dan YBhg Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, Pengerusi FAMA.

Selain itu,  BAKTI telah memberi Sumbangan Kebajikan bernilai RM2,000 kepada setiap 20 Rumah Kebajikan yang terpilih dari sekitar Negeri Perak.

Seramai 100 orang pelajar sekolah menengah melalui 6 orang ahli Bakti dari kawasan Parlimen Negeri Perak iaitu 10 dari kawasan Bagan Datuk, 20 dari Teluk Intan, 20 dari Pasir Salak, 20 dari Hutang Melintang, 20 dari Tapah dan 10 dari Kampar telah menerima Sumbangan Dermasiswa Bakti bernilai RM600. Program Dermasiswa Bakti ialah program tahunan bertujuan untuk memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang berpotensi cemerlang dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Pihak FAMA turut serta dalam menyediakan gerai-gerai jualan Agrobazaar, kaunter khidmat pelanggan & taklimat Fama serta booth Tekun, trak makanan dan demonstrasi masakan.

Dalam ucapan YABhg Datin Seri Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI, beliau menyeru kaum wanita supaya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai inisiatif kerajaan bagi memperkasakan ekonomi golongan wanita. Beliau juga berkata dari sudut mikro aktiviti keusahawanan dalam kalangan wanita, mampu meningkatkan pendapatan keluarga.


PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075352
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
116
472
75352