Aktiviti Acara Khas

Program Prihatin Wanita BAKTI (Hulu Selangor)

31 Mac 2018
Tapak Program, Hulu Selangor

Penganjuran Program BAKTI Prihatin adalah sempena Tahun Memperkasakan Wanita (TMW18). Pada 31hb Mac 2018, Program Prihatin BAKTI tersebut telah pun diadakan di Hulu Selangor, Selangor.

Pada Program tersebut di Hulu Selangor kali ini, kira-kira 2000 tetamu wanita setempat dan pelajar telah menyertai program tersebut. Selain dari  YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI, ahli BAKTI serta ahli KASIH yang diketuai oleh YBhg Puan Sri Dr Hjh Aishah Hj Salleh, Isteri kepada  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tan Sri Hj Noh bin Hj Omar dan YB Dato’ Kamalanathan a/l  P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan, merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor serta isteri Datin Shobana Kamalanathan juga turut  hadir pada program tersebut.

Seramai 3 penceramah telah menyampaikan ceramah yang berkaitan cara-cara meningkatkan ekonomi diri, kesihatan kanak-kanak, patriotisme serta jati diri iaitu YBhg Datuk Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, YBrs Prof. Madya Dr.Hasnah binti Toran, Pengarah PERMATA Kurnia Centre dan YBhg Dato’ Abdul Ghariff Ramin, Pengarah FAMA Negeri Selangor.

Selain itu,  BAKTI telah memberi Sumbangan Kebajikan bernilai RM2,000 kepada setiap 20 Rumah Kebajikan yang terpilih dari sekitar Negeri Selangor.

Pada Program tersebut,  BAKTI telah juga menyampaikan sumbangan Dermasiswa kepada 100 pelajar sekolah menengah yang berpotensi cemerlang dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan melalui 6 orang ahli BAKTI dari kawasan Parlimen Negeri Selangor seperti kawasan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Sepang, Klang, Kota Alam Shah dan Hulu Selangor.

Bagi memeriahkan lagi tapak Program BAKTI Prihatin, pihak FAMA turut serta dalam menyediakan gerai-gerai jualan Agrobazaar, kaunter khidmat pelanggan & taklimat Fama serta trak makanan dan demonstrasi masakan bagi menarik minat pengunjung dan masyarakat setempat.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105733
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
345
303
105733