Aktiviti Bantuan Kemanusiaan

Menziarahi Adik Mohd Hasif Abd Halim Yang Kehilangan Seluruh Ahli Keluarga

Menziarahi Adik Mohd Hasif Abd Halim Yang Kehilangan Seluruh Ahli Keluarganya Susulan Tragedi Lemas Di Air Terjun Belukar Bukit Hulu Terengganu

21 Januari 2016
Telok Panglima Garang, Banting, Selangor Darul Ehsan

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia menyumbangkan RM10,000 bagi membantu adik Mohd Haseef Mohd Halim. Mohd Haseef, 9, tinggal sebatang kara selepas kejadian lemas yang mengorbankan lima ahli keluarganya di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, pada Disember tahun lalu. Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, di kediaman bapa saudara kanak-kanak itu di Telok Panglima Garang.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut menyampaikan bantuan RM1500 menerusi skim bayaran pengurusan jenazah dan pembiayaan RM1,150.50 setiap bulan sehingga Mohd Haseef berumur 21 tahun. Yang turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Sementara itu, Mohd Haseef ketika ditemui, gembira dengan kehadiran Rosmah, lebih-lebih lagi isteri pemimpin negara itu memakaikan sendiri hadiah jam tangan sumbangan tabung berkenaan. “Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita menjadi angkasawan”, katanya.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105718
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
330
303
105718