Aktiviti Bantuan Kemanusiaan

Penyerahan Sumbangan BAKTI Kepada Kanak-Kanak Pelarian Syiria Di Lubnan Dan Jordan

02 Februari 2016
Seri Perdana, Putrajaya

 

Kesengsaraan yang ditanggung pelarian kanak-kanak dan wanita Syria mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia serta Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) apabila menyumbangkan RM2.52 juta untuk menjaga kebajikan mereka. Daripada jumlah itu, RM2.1 juta daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia manakala, RM430,000 daripada BAKTI.

Berdasarkan jumlah Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia, RM1.26 juta akan diperuntukkan kepada pelarian di sempadan Lubnan dan RM841,000 kepada pelarian di sempadan Jordan. Bagi sumbangan BAKTI pula, RM300,000 akan diagihkan kepada pelarian di sempadan Lubnan manakala, RM170,000 kepada pelarian di sempadan Jordan.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Bt Mansor yang juga Penaung kepada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan Yang DiPertua BAKTI telah menyerahkan cek sumbangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar iaitu Datuk Othman Hashim. Kesemua wang sumbangan ini akan disalurkan melalui Pejabat Kedutaan Malaysia di Lubnan dan Jordan.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

044250
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
45
335
44250