Aktiviti Bantuan Kemanusiaan

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Waris Kapten Hasman Bin Hussin

3 Februari 2016

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA WARIS KAPTEN HASMAN BIN HUSSIN
Bangunan BAKTI Siti Hasmah


Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan sebanyak RM10,000 kepada waris Kapten Hasman bin Hussin yang lemas dihanyutkan banjir di Pulaskit County, Missouri, Amerika Syarikat . 

Allahyarham Kapten Hasman Bin Hussin seorang pegawai tentera darat bersama empat rakan tentera dari negara lain, lemas selepas kenderaan yang dinaiki dihanyutkan air deras ketika melalui satu laluan di Pulaski County. Allahyaham berada di negara itu sejak 1 Oktober lalu bagi mengikuti Kursus Kerjaya Kapten Jurutera dan dijadualkan berakhir pada 15 April 2016 ini. 

Semoga dengan sumbangan ini dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak mangsa yang masih kecil. Sumbangan turut disampaikan oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105703
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
315
303
105703