Aktiviti Bantuan Kemanusiaan

Sumbangan Kepada Adik Cahaya Amanda

12 Jun 2015

SHAH ALAM

BAKTI telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada adik Cahaya Amanda binti Abdul Ghoni yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) yang merupakan penyakit genetik gangguan tisu perantara dan menyebabkan lepuh pada kulit.

Anak kecil ini dikatakan memerlukan rawatan tetap setiap bulan untuk memulihkan atau mengurangkan masalah penyakitnya ini, sedangkan bapanya hanya bekerja sebagai seorang  despatch dan ibunya hanya seorang suri rumah kerana terpaksa menumpukan perhatian penuh kepada anak kecil ini.

Semoga dengan pemberian ini dapat meringankan beban rawatan anak kecil ini dan BAKTI mendoakan semoga adik Cahaya Amanda diberi kekuatan dan cepat sembuh seperti anak-anak kecil yang lain. AMIN.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105686
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
298
303
105686