Aktiviti Bantuan Kemanusiaan

Sumbangan Kepada Waris Dan Mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

5 Oktober 2017
Dewan Bankuasi, Seri Perdana

 

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada waris dan mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diadakan pada 5 Oktober 2017 untuk menyampaikan sumbangan sejumlah RM1.6 juta oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) serta Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia.

Daripada sumbangan BAKTI dan Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia, setiap waris yang hilang ahli keluarga menerima RM10,000, pelajar cedera (RM6,000) dan pelajar terselamat (RM2000). Selebihnya RM1.3 juta yang disumbangkan individu berjumlah RM50,000 diberikan kepada setiap waris yang hilang ahli keluarga, pelajar cedera (RM20,000) dan pelajar terselamat (RM5,000).

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Najib Razak untuk bersama-sama dengan keluarga mangsa. YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berharap sumbangan itu dapat meringankan beban mereka yang terbabit dalam tragedi kira-kira jam 5.15 pagi pada 14 September lalu. Beliau berkata pelajar Tahfiz berkenaan amat istimewa dan dekat dalam hati keluarganya kerana sering bersama beribadat seperti membaca Yasin dan solat hajat pada setiap Khamis sejak beberapa tahun lalu. Katanya, mereka sering hadir di kediaman peribadi keluarganya di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Termasuk menyerikan majlis khatam Al-Quran dan solat sunat Tarawih berjemaah pada Ramadan lalu. “Apabila dikenang, begitu banyak detik indah saya sekeluarga bersama anak-anak ini. Tidak dapat dinafikan perasaan sayu apabila terbayangkan wajah suci dan gelagat ceria mereka”. Sesungguhnya tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah memberi kesan amat mendalam kepada Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Razak sekeluarga kerana hubungan rapat terjalin dengan pengurusan dan pelajarnya.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075416
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
180
472
75416