Keprihatinan BAKTI dalam kejadian bencana alam dapat dilihat dalam tindakbalas dan bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. BAKTI sentiasa bersedia memberi bantuan kewangan, perubatan, makanan dan lain-lain.
Dalam peristiwa-peristiwa tanah runtuh, banjir dan kebakaran, ahli-ahli BAKTI akan merujuk dan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pihak-pihak berwajib supaya bantuan dapat disalurkan dengan cepat.
Bagi kes-kes tertentu, Yang di-Pertua BAKTI sendiri akan mengetuai lawatan-lawatan ke kawasan yang ditimpa musibah. Selain menziarahi dan bertanya khabar, sumbangan turut diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat tragedi tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Bencana Alam yang telah dijalankan oleh BAKTI