Aktiviti Kebajikan

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BAKTI 2016


7 MAC 2016
HOTEL J.W MARRIOT, KUALA LUMPUR

Empat belas pusat kebajikan sekitar Lembah Klang, masing-masing telah menerima sumbangan RM5000 daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) sempena Tahun Baru Cina. Sumbangan disampaikan oleh Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dalam Majlis Minum Petang Yee Sang anjuran BAKTI dan YTL Corporation Berhad yang dihadiri oleh kira-kira 1000 tetamu yang terdiri daripada kalangan warga tua, orang kurang upaya dan anak-anak yatim.

Antara Rumah Kebajikan yang menerima sumbangan ialah; Chempaka Buddhist, Rumah Charis, Chester Rawang, Victory Youth, Ti-Ratana, Yayasan Bestari dan Siloam House. Pada majlis berkenaan, tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh Permata Seni dan Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, selain daripada itu mereka juga menerima angpau yang disampaikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku yang DiPertua BAKTI.

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075390
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
154
472
75390