Aktiviti Kebajikan

Lawatan Ke Yayasan Gurpuri Sempena Sambutan Hari Vaiskhi 2016

18 April 2016
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Gurpuri

 

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah menyumbangkan RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri untuk rumah kebajikan kanak-kanak kendalian yayasan itu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Yang DiPertua BAKTI kepada Giani Sukhdaiv Singh, selaku pemegang amanah yayasan itu bersempena sambutan perayaan kaum sikh, vasakhi.

Datin Seri Rosmah turut menyampaikan 50 hamper kepada yayasan itu. Giani berkata, yayasan itu menyediakan tempat perlindungan makanan, pakaian dan pendidikan untuk kanak-kanak memerlukan bantuan sejak 15 tahun lalu. Katanya, rumah perlindungan yang ditubuhkan sejak tahun 2000 itu kini menempatkan 50 penghuni berusia antara lima hingga 22 tahun. Ahli-ahli BAKTI turut menyaksikan enam persembahan kebudayaan daripada penghuni yayasan itu.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

043982
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
112
229
43982