Aktiviti Kebajikan

Taklimat Mengenai Kebajikan Masyarakat Orang Asli

Taklimat Mengenai Kebajikan Masyarakat Orang Asli,disampaikan oleh YBHg Dato’ Hasnan Bin Hassan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

23 Februari 2016

BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH

   

 

Satu Taklimat Mengenai Kebajikan Masyarakat Asli di Malaysia telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Orang Asli Ybg Dato Hasnan Hasan di Bilik Latihan Bangunan BAKTI yang anjurkan oleh BAKTI. 

Perjumpaan ini dihadiri bersama oleh pengarah dan wakil Jabatan Orang Asli di seluruh Malaysia manakala pihak BAKTI pula diketuai oleh Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Naib Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Seri Hamidah Khamis beserta semua pengerusi Jawatankuasa Kecil BAKTI.

Dalam taklimat tersebut Ketua Pengarah menerangkan tentang latar belakang dan kedudukan taburan kaum Asli yang terdapat di Malaysia. Beliau menekankan tentang keprihatian pihak kerajaan Malaysia dalam usaha memberi segala kemudahan dan pembangunan kepada masyarakat Orang Asli . Walaubagaimana pun segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, kadang-kadang tidak dimanfaat sepenuhnya oleh golongan Orang Asli disebabkan sifat yang sedia tertanam dalam diri mereka. 

Pihak Jabatan Orang Asli amat berterima kasih kepada pihak kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak yang tidak putus-putus memberi perhatian kepada golongan Orang Asli ini.

Beliau juga merayu agar pihak BAKTI membantu dalam mendapatkan kenderaan baru kepada pihak Jabatan Kebajikan Orang Asli yang keseluruhannya agak uzur. Atas rasa simpati dan keprihatinan Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengatakan akan membantu golongan Orang Asli berdasarkan tujuan Jawatankuasa Kecil Kebajikan BAKTI yang sedia ada. Manakala tentang kenderaan beliau tidak berjanji tetapi akan cuba berusaha membantu. Perjumpaan berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada pihak JKOA kepada Yang DiPertua BAKTI.

 

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105696
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
308
303
105696