Aktiviti Kebajikan

Sambutan Majlis Deepavali 2015

25 November 2015

CLASSIC BALLROOM, HOLIDAY VILLA SUBANG

Majlis Deepavali BAKTI telah diadakan di Classic Ballroom, Holiday Villa Subang pada jam 2.00 petang. Majlis Deepavali diadakan bersempena Perayaan Deepavali bersama sekumpulan Anak-Anak Yatim berbilang bangsa diketui oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI. Turut hadir, Naib Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Seri Dato’Sri Hamidah Khamis.

BAKTI telah menyumbang RM50,000 kepada 10 badan kebajikan sempena Deepavali. Penerima sumbangan terdiri daripada Rumah Kebajikan Karunai Illham, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Pusat Jagaan K-K Cacat Taman Megah, Tasputra Perkim, Persatuan Sindrom Down Malaysia, The National Autism Society of Malaysia, Malaysian Mental Health, Rumah kanak-kank Tengku Budriah, Pusat Perkembangan Kemahiran Serendah dan  Cancerlink Foundation.  Yang DiPertua BAKTI telah menyampaikan cek sumbangan tersebut kepada wakil-wakil badan kebajikan. Setiap persatuan disumbangkan cek berilai RM5000.

Majlis Deepavali BAKTI ini turut meraihkan lebih 200 kanak-kanak sempena Deepavali dan dihiburkan dengan persembahan daripada Permata Seni dan The Temple of Fine Arts. Selain itu, setiap kanak-kanak telah dihadiahkan dengan satu hamper bernilai RM50.

 
     
 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075385
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
149
472
75385