Aktiviti Kebajikan

Lawatan BAKTI Sempena Hari Vaisakhi 2018

16 April 2018
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Gurpuri, Ulu Kelang

Yang DiPertua Badan Amal dan Kabajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengetuai lawatan tahunan ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Yayasan Gurpuri, Hulu Kelang pada 16hb April 2018 sempena dengan Perayaan Hari Vasakhi yang diraikan oleh kaum Sikh pada setiap 14hb April.

Lawatan itu disambut oleh Pengasas yang juga pemegang amanah Rumah Perlindungan Kanak-kanak Yayasan Gurpuri, Giani Sukhdaiv Singh dan penghuni-penghuni rumah kebajikan tersebut. Ahli-ahli BAKTI turut hadir bersama menyaksikan penyampaian sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Berucap dalam Majlis itu, Sukhdaiv Singh berkata sebagai satu-satunya rumah perlindungan kanak-kanak Sikh di negara ini, Yayasan Gurpuri berjaya melahirkan 110 graduan dalam pelbagai bidang sejak penubuhannya pada tahun 2000.

Dalam kunjungan itu, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penghuni-penghuni serta menyaksikan tarian tradisional yang dipersembahkan oleh kanak-kanak rumah perlindungan tersebut. Beliau turut menyampaikan hamper kepada 80 penghuni yang berusia antara lima sehingga duapuluh dua tahun.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

125488
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
73
454
125488