Aktiviti yang sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama jitu dari semua ahli BAKTI ialah acara-acara kutipan amal. BAKTI menyedari kepentingan mempunyai dana yang mencukupi untuk menggerakkan semua program kebajikan yang dirancangkan.
Selain dari sumbangan badan-badan korporat, BAKTI mengadakan banyak program amal untuk mengumpul dana. Di antara acara kutipan amal yang dianjurkan oleh BAKTI untuk mengumpul dana ialah Pesta Amal, Walkaton, Tayangan Filem Perdana dan Jamuan Makan Malam.
Sesuatu yang menarik mengenai Majlis makan malam amal ialah ahli-ahli bukan saja menganjurkan majlis dan menguruskan hal-hal berkaitan, mereka juga membuat persembahan nyanyian, tarian, sketsa dan pertunjukan fesyen.
![]() |
![]() |
![]() |
Sila klik untuk mengetahui Aktiviti Kutipan Amal yang telah dijalankan oleh BAKTI