Aktiviti Mesyuarat Agong Tahunan

Mesyuarat Agong BAKTI Ke-38

03 Mac 2015

BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH

Mesyuarat Agong BAKTI ke-38 telah berlangsung di Bangunan BAKTI Siti Hasmah dan telah di hadiri oleh lapan puluh ahli BAKTI. Mesyuarat dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,YB Dato’Rohani Abdul Karim. 

Yang DiPertua BAKTI, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir pada mesyuarat agong dan berharap agar para tetamu yang hadir menunjukkan sikap tanggungjawab dan ambil berat terhadap BAKTI, khususnya kepada masyarakat amnya. YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkongsi serba sedikit mengenai aktiviti BAKTI sepanjang tahun 2014, BAKTI merupakan Tuan Rumah bagi Kejohanan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat SE-Malaysia (PTIWRBNM).Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan boling BAKTI kerana pertama kalinya menjadi juara dan pasukan badminton BAKTI berjaya memenangi Naib Juara, sekaligus menjadikan BAKTI sebagai Juara Keseluruhan PTIWRBNM 2014 dan berjaya merampas Piala Perdana sumbangan YAB Perdana Menteri. 

Beliau mengumumkan bahawa bagi tahun 2014 sahaja,BAKTI di bawah Jawatankuasa Kecil Bencana Alam telah membelanjakan sebanyak RM178,200 khusus untuk membantu rakyat yang ditimpa kebakaran, banjir, rebut, kemalangan dan tanah runtuh. Selain itu, Khidmat Kebajikan BAKTI bukanlah sekadar di dalam Negara semata-mata, malah sentiada peka dengan perkembangan dunia luar dan melakukan apa yang termampu bagi mengurangkan penderitaan mereka. Untuk tujuan tersebut, BAKTI telah menghulurkan sumbangan kemanusian berbentuk kewangan yang bernilai USD50,000 kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.Oleh kerana simpati yang mendalam kepada rakyat Sierra Leone yang ditimpa musibah Ebola, BAKTI turut menghulurkan sumbangan kewangan berjumlah USD50,000 untuk membantu mangsa-mangsa Ebola melalui pihak kedutaan Sierra Leone di Malaysia.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105699
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
311
303
105699