Aktiviti Mesyuarat Agong Tahunan

Mesyuarat Agong BAKTI Ke-40

27 Mac 2017
Dewan BBSH

Badan Amal dan kebajikan Tenaga Isteri- isteri (BAKTI)  diminta memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata isteri pemimpin perlu memainkan peranan lebih besar seperti turun padang bagi mendengar dan melihat sendiri permasalahan yang dihadapi dan cara terbaik untuk membantu rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agong Tahunan BAKTI ke-40 yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Chin di Bangunan BAKTI Siti Hasmah.

Datin Seri berkata, kekuatan dan kelangsungan sesuatu organisasi bergantung kepada kesatuan ahlinya dan begitu juga dengan BAKTI di mana ahli adalah nyawanya. Sambil melahirkan rasa syukur ahli BAKTI memberi sokongan terhadap agenda persatuan, beliau menyeru semua ahli membabitkan diri dalam aktiviti persatuan.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

044230
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
25
335
44230