Aktiviti Pembangunan Insan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H

 27 Januari 2016

SERI PERDANA, PUTRAJAYA

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah menganjurkan satu ceramah khas di Sri Perdana, Putrajaya. Ceramah bertajuk  ’Kelahiran Rasul Membawa Rahmat Kepada Ummah’ disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Antara tetamu yang menghadiri majlis tersebut ialah YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Yang Dipertua BAKTI dan tuan rumah majlis.

Hadir sama ialah Datin Norazlina Awang Had, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan BAKTI dan  Puan Sri Rohani Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA). Seramai 200 tetamu terdiri dari ahli-ahli BAKTI, PUSPANITA, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) turut mengikuti ceramah berkenaan.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

044257
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
52
335
44257