Aktiviti Pembangunan Insan

Forum Perdana Hal Ehwal Islam “Taqwa Membawa Bahagia”.

25 Mei 2017
SERI PERDANA

Forum Perdana Hal Ehwal Islam “Taqwa Membawa Bahagia” dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor Yang DiPertua BAKTI dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ke majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Seri Perdana. 

Bertemakan Taqwa Membawa Bahagia, forum itu menampilkan tiga ahli panel terkenal, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Izhar Ariff Mohd. Kashim; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin dan ustazah selebriti, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Zakaria Othman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak sebagai moderator forum berkenaan. 

Forum selama satu jam setengah itu turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Forum itu turut dihadiri beberapa menteri, antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan BAKTI, Datin Norazlina Awang Had dan Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), Puan Sri Rohani Abdullah. 

Selain anggota BAKTI, turut hadir ialah wakil daripada Persatuan Keluarga Polis, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera, Puspanita dan universiti. 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105681
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
293
303
105681