Aktiviti Pembangunan Insan

Ceramah Maal Hijrah 1439H

3 Oktober 2017
BBSH

Ceramah Maal Hijrah Sempena Awal Muharam 1439H “Kemanakah Arah Wanitaku” Oleh YBhg Ustazah Asmak Husin

 

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah menganjurkan ceramah Maal Hijrah sempena sambutan Awal Muharam pada 3 Oktober 2017. Majlis ini dihadiri oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Yang DiPertua BAKTI, ahli-ahli BAKTI, wakil-wakil Badan NGO dan pelajar-pelajar Universiti.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Asmak Husin dengan tajuk “Kemanakah Arah Wanitaku”. Antara intipati ceramah yang ialah  kedudukan dan martabat wanita seawal zaman Rasulullah SAW. Wanita sentiasa dihormati dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Tokoh-tokoh wanita yang disegani antaranya Siti Khadijah   RA dan Fatimah bt Muhammad RA. Turut disentuh adalah peranan wanita dalam evolusi penghijrahan dari dulu sehingga pada masa kini.

Ustazah Asmak Husin turut berkongsi rahsia mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna berpandukan cara hidup Islam, hadis-hadis dan mencontohi keperibadian Siti Khadijah.


PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105656
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
268
303
105656