Aktiviti Pembangunan Insan

Program “The Power of Knowledge”

07 April 2018
BBSH

Tajuk Farum : “The Power of Knowledge”

Badan Amal dan Kabajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) melalui JKK Tugas-Tugas Khas, telah berjaya menganjurkan program yang bertema “THE POWER OF KNOWLEDGE” pada 7hb April 2018 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah.

Program ini turut dihadiri YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie, Ketua Wanita Gerakan Dato Tan Lian Hoe, Ketua Wanita MyPPP Puan Helen Menigsagang, wakil-wakil Wanita MCA, Gerakan, MIC ,ahli-ahli NGO serta ahli-ahli BAKTI.
Penceramah jemputan terdiri daripada YBhg En. Johan Mahmood Merican dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, YBrs YBrs Puan Sumitra Nair, Naib Presiden Bakat dan Keusahawanan Digital, MDEC serta Prof Madya Dr Hasnah Bt Toran, Pengarah PERMATA Kurnia. Antara tajuk-tajuk dan maklumat yang diperkongsikan adalah seperti, peluang serta prasarana yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat jelata, cara-cara meningkatkan ekonomi diri melalui industri e-commerce serta sebuah ceramah bertajuk ‘Meningkatkan kesedaran  masyarakat terhadap AUSTISME’.

Program Bicara tersebut juga disertai oleh pegawai-pegawai Biro Tatanegara yang telah menyampaikan sesi Ice-Breaking dan beberapa sesi Energizer yang menarik.
Program bicara tersebut diakhiri dengan suasana meriah and sesi bergambar dengan Yang Dipertua BAKTI, serta majlis makan tengahari untuk semua para peserta.

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

125474
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
59
454
125474