Aktiviti Penerangan dan Seranta

Majlis Pelancaran Laman Web BAKTI

28 Ogos 2017
Seri Perdana

 

Pada 28 Ogos 2017, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah mengadakan majlis pelancaran laman web baharu bersempena ulang tahun ke 40 penubuhannya. Majlis ini telah dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI. Seramai 300 tetamu terdiri dari ahli-ahli BAKTI, ahli-ahli persatuan wanita, wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil pelajar telah menghadiri majlis tersebut.

Sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, laman web Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) yang pertama kali dilancarkan pada 27 Mei 2009 telah melalui 3 fasa perubahan. Laman web www.bakti.org.my yang baharu telah ditambah baik dengan paparan yang menarik, lebih interaktif serta dapat diakses menggunakan telefon pintar dan tablet.

Dalam ucapan perasmian beliau, YABhg Datin Seri Rosmah berharap laman web ini dapat menjadi platform untuk menyebarkan maklumat
mengenai fungsi serta peranan BAKTI dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ia juga memudahkan masyarakat umum mahupun ahli BAKTI sendiri untuk mendapatkan maklumat mengenai BAKTI yang telah disusun dengan terperinci dan sistematik. Semua laporan mengenai khidmat dan program yang telah dijalankan oleh BAKTI boleh dijadikan sebagai sumber rujukan bagi manafaat semua lapisan masyarakat.

Majlis Pelancaran Laman Web BAKTI ini diteruskan dengan sesi taklimat oleh  Dato’ Tajul Razi bin Abdul Aziz dari Datra Services. Ini disusuli dengan sesi melayari laman web yang disertai oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, ahli- ahli BAKTI serta tetamu jemputan.

 

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

044224
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
19
335
44224