Aktiviti Penerbitan

Majlis Pelancaran Koleksi Resipi BAKTI

28 Ogos 2017
Seri Perdana

 

Selepas Majlis Pelancaran Laman Web BAKTI disempurnakan, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut melancarkan buku Koleksi Resipi BAKTI yang diterbitkan sempena ulang tahun BAKTI ke 40. Buku yang mengandungi 95 resipi pelbagai masakan dan juadah termasuk lauk pauk, pembuka selera dan pencuci mulut merupakan koleksi resipi yang dihasilkan oleh ahli-ahli BAKTI.

Dalam majlis pelancaran tersebut, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dibantu oleh Chef Sabri Hassan, memasak ikan patin tempoyak yang merupakan juadah kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri telah hadir dan  naik ke atas pentas untuk merasai masakan yang sedang disediakan sebelum menyertai semua tetamu menikmati hidangan. Para jemputan kemudiannya dihidangkan dengan beberapa juadah yang terkandung dalam buku Koleksi Resipi BAKTI.

Datuk Seri Najib Tun Razak kemudiannya turut menyaksikan penyampaian setem khas kenangan sempena 40 tahun penubuhan BAKTI, dari Ketua Pengawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd., Datuk Mohd Shukrie Salleh kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Yang DiPertua BAKTI.

Majlis yang bersejarah ini diakhiri dengan kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60. Perdana Menteri dan Isteri, berserta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan para tetamu turut menyanyikan lagu Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan.

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

043952
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
82
229
43952