Aktiviti Semai Bakti

Majlis Konvokesyen Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seluruh Malaysia & Pelancaran Buku ‘Oku Dari Perspektif Islam’

05 Disember 2015

DEWAN SERBAGUNA, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN, PRESINT 2, PUTRAJAYA

Program Semai BAKTI merupkan satu usahasama antara Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) diterajui oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah selaku Yang DiPertua BAKTI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai BAKTI dengan kerjasama Badan Amal Negeri seluruh Malaysia, badan kerajaan dan pihak swasta yang telah mula aktif sejak tahun 2004 di mana merupakan program khusus untuk menyalurkan khidmat BAKTI kepada golongan OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Malaysia. Program ini merupakan usahasama BAKTI, Badan Amal Negeri,Pihak Kerajaan, FELDA dan Pihak Swasta yang bergabung tenaga untuk membuka mata masyarakat dan memberikan kesedaran bagi membela nasib serta membantu golongan istimewa ini di dalam mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.

Sempena 10 tahun Program Semai BAKTI anjuran BAKTI buat yang julung-julung kalinya dapat merealisasikan Majlis Konvokesyen Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Malaysia dan serentak dengan ini turut dilancarkan buku yang bertajuk ‘OKU Dari Perspektif Islam’.

Pada hari ini, BAKTI melalui Program Semai BAKTI telah berjaya melahirkan seramai 101 orang graduan yang terdiri daripada Penyelia dari pusat PDK seluruh Malaysia yang telah menghadiri kursus-kursus anjuran Program Semai BAKTI sejak tahun 2005 hingga tahun ini.

NEGERI JUMLAH GRADUAN
Sarawak 6
Pulau Pinang 8
Kelantan 13
Melaka 6
Johor 17
Kedah 12
Selangor 8
Pahang 4
Sabah 13
Perak 4
Negeri Sembilan 8
Kuala Lumpur 2

 

Majlis Konvokesyen ini bertujuan memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dari segi ilmu pengetahuan yang telah mereka perolehi, pengalaman kerja mereka di Pusat PDK serta komitmen dan jasa mereka yang telah membantu mendidik anak-anak kurang upaya sehinggakan ada dikalangan anak-anak istimewa ini telah pandai menguruskan diri sendiri dan yang telah mampu hidup berdikari. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ini telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pihak Program Semai BAKTI juga seblum ini telah menerbitkan 3 buah buku iaitu buku pertama ‘Cakna Anak’ manual Panduan Pencegahan Awal Kecacatan Kanak-Kanak dan Asas Perubatan Kecemasan untuk Ibu Bapa dan Penjaga, buku kedua iaitu ‘Manual Panduan Pencegahan Kecacatan Kanak-kanak Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kanak-kanak’ dan buku ketiga iaitu ‘Garis Panduan & Manual Aktiviti’ PDK Ku Sihat. Pada kali ini, Pihak Program Semai BAKTI melancarkan buku yang bertajuk OKU dari Perspektif Islam’. Buku ini menjelaskan bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dengan status dan hak yang sama dengan masyarakat normal yang lain. Mereka juga merupakan kurniaan dan amanah diri Allah SWT yang perlu dijaga dengan sabar dan ikhlas.

Tetamu kehormat yang turut dijemput menghadiri majlis ini adalah terdiri daripada YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim selaku Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga & Masyarakat, Ahli Badan Amal Negeri seluruh Malaysia, wakil dari kementerian dan Jabatan kerajaan yang terlibat seperti Kementerian kesihatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, kementerian Pelajaran, wakil dari Jabatan Perdana Menteri dan pihak media.

 

  

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

043955
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
85
229
43955