Aktiviti Semai Bakti

Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

8 Jun 2017
Pasar Raya Besar Mydin, Johor

Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Para Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Sebagai salah satu acara tahunan sempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini , pihak Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) melalui Program Semai Bakti menganjurkan satu majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk para pelatih iaitu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di mana majlis ini telah disempurnakan oleh wakil khas kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor iaitu YAD Datin Rosni Omar isteri kepada YAB Menteri Besar Johor merangkap Yang DiPertua JUITA.

Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dengan menerima kehadiran para pelatih bersama-sama penyelia dan petugas pusat PDK masing-masing dari seluruh negeri Johor. Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk meraikan golongan istimewa yang sebelum ini tidak mendapat perhatian sewajarnya dari sesetengah pihak yang kurang prihatin tentang nasib mereka. Dan juga dapat membantu meringankan sedikit tanggungan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka yang kurang berkemampuan.

Di harap program amal seperti ini akan memberi peluang kepada golongan istimewa ini agar dapat turut sama bergembira menyambut 1 Syawal yang bakal menjelma di mana seluruh umat Islam di serata dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Bentuk sumbangan yang diberikan kepada golongan istimewa ini adalah berupa duit raya dan kelengkapan pakaian raya.

Manakala para Penyelia dan Petugas dari pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seramai 150 orang dan sukarelawan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seramai 40 orang yang terlibat turut menerima sumbangan peribadi berupa duit raya dari YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang telah disampaikan oleh wakilnya iaitu YAD Datin Rosni Omar.

Jumlah keseluruhan para pelatih pusat PDK yang menerima sumbangan tersebut adalah seramai 300 orang daripada 73 buah pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari negeri Johor.

 

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

044238
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
33
335
44238