Aktiviti Semai Bakti

Sumbangan Aidilfitri Kepada Pelatih PDK 2018

11 April 2018
Universiti Malaysia Kelantan 

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Para Pelatih PDK 2018 Dan Pelancaran Buku Panduan Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah
       

Majlis ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri selaku Yang DiPertua BAKTI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Bentuk sumbangan yang diberikan kepada golongan istimewa ini adalah berupa duit raya dan kelengkapan pakaian raya.

Majlis ini turut dihadiri oleh seramai 120 orang para Penyelia dan Petugas dari pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang ditugaskan sebagai pengiring bagi membantu menguruskan pergerakan anak-anak istimewa ini.

Jumlah keseluruhan para pelatih pusat PDK yang menerima sumbangan tersebut adalah seramai 600 orang daripada 41 buah pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari negeri Kelantan dan penambahan sumbangan untuk 20 orang pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang kurang upaya.

Pada majlis ini juga dilancarkan buku ’Panduan Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah’. BAKTI melalui Program Semai Bakti bukan sahaja membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam memberikan kursus peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada penyelia, petugas dan ahli jawatankuasa pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di negara ini. Pihak Program Semai Bakti juga membuat kajian dan menerbitkan buku untuk kegunaan sebagai panduan warga PDK. 

Penulisan buku ini dijayakan dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia di mana objektifnya penulisan buku ini akan dijadikan sebagai panduan kepada penyelia, petugas dan ahli jawatankuasa PDK yang memberikan khidmat lawatan ke rumah-rumah  anak-anak istimewa pada setiap hari Jumaat. Buku ini juga dapat membantu penjaga anak-anak ini yang terlantar di rumah atau tidak berdaya untuk hadir ke PDK bagi meneruskan pemulihan dan rawatan (continuity of care) serta penjagaan di rumah sebagai kesinambungan rawatan.

Antara tetamu kehormat yang turut menghadiri majlis ini adalah YBhg Dato’Suriani . Dato’ Ahmad selaku Ketua Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat; YBhg Datin Sri Khamarzan Ahmad Meah Yang DiPertua PENAWAR; Ahli-Ahli BAKTI, Ahli-Ahli PENAWAR serta  wakil-wakil dari Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang terlibat.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

095975
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
102
342
95975