Aktiviti Sukan dan Rekreasi

Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2015

06 September 2015
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Tanjung Rambutan, Ipoh.

Program Tahunan Isteri Wakill Rakyat Barisan Nasional Semalaysia 2015 (PTIWRBNM) telah berlangsung selama 5 hari bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Tanjung Rambutan, Ipoh. Program tersebut telah bermula dari 1 September hingga 6 September 2015. Perhimpunan ini telah mengumpulkan seramai 536 peserta dari 14 kotingen yang mewakili Badan-badan Amal Negeri. Selain, Pertandingan Badminton dan Tenpin Boling yang merupakan acara utama,  Pertandingan perbarisan kontingen, Pertandingan Golf VIP, Seminar Motivasi dan Majlis-majlis Makan Malam turut di adakan. Program PTIWRBNM 2015 telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Penutup oleh Perdana Menteri, YAB Dato’Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak. 

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah, BAKISA telah menjuarai Pertandingan Badminton, diikuti oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di tempat kedua dan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) di tempat ketiga. Manakala, bagi Pertandingan Tenpin Boling, pasukan tuan rumah BAIDURI telah menjadi juara, BAKISA menjadi naib juara dan tempat ketiga ialah dimenangi oleh BAKTI.YBhg Datin Saemah Bt Husain dari BAKTI telah memenangi juara keseluruhan bagi kategori perseorangan bagi pertandingan Tenpin Boling. Beliau berjaya mengetepikan wakil pasukan dari KASIH, BAIDURI dan BAKISA. PTIWRBNM 2015 telah menutup tirai pada 6 September 2015 dengan program Perak Silver Youth Fest.Festival tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak dan turut dihadiri oleh para pemimpin dan isteri masing-masing serta lebih dari 10,000 orang belia. 

Sesungguhnya PTIWRBNM 2015 telah berjaya menjalinkan hubungan silaturrahim dan perpaduan di kalangan isteri wakil-wakil rakyat seluruh Malaysia dan meninggalkan kenangan manis di kalangan mereka.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075369
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
133
472
75369