Aktiviti Sukan dan Rekreasi

Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2016

12 Februari 2017
Alor Setar, Kedah

 

Matlamat utama Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) yang bertujuan mengeratkan ukhwah selain untuk berekreasi dan menjaga kesihatan. Penganjuran program tahunan itu bagi mengukuhkan tali silaraturahim dan saling mengenali serta memahami khususnya dalam kalangan ahli baharu keluarga BN.

Melalui ucapan YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, “Gagah berentap di gelanggang badminton dan boling, PTIWRBNM mempunyai objektif lebih besar daripada meraih kemenangan. Tema ‘Sukan Memupuk Budaya Muafakat’ adalah amat bertepatan dengan objektif utama PTIWRBNM,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian PTIWRBNM 2016/2017 di Stadium Sultan Abdul Halim. Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan turut dihadiri Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat, Isteri Bekas Wakil Rakyat dan Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kedah (Bidara).
PTIWRBNM 2016/2017 yang diadakan selama lima hari bermula semalam itu disertai sebanyak 570 peserta dari 14 negeri termasuk BAKTI untuk bertanding dalam perlawanan badminton dan tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.

Keputusan keseluruhan menyaksikan BAKTI menjuarai Johan dalam acara sukan boling. Naib Johan dalam acara sukan badminton. Manakala, dinobatkan sebagai terbaik dalam bahagian pakaian seragam.


PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

043971
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
101
229
43971