Aktiviti Sukan dan Rekreasi

Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017

21-26 November 2017
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)

 

Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017 telah berlangsung selama 5 hari di Melaka. Program tahunan ini bermula dari 21 hingga 26 November bertemakan ‘Sukan, Sihat, Hijau’ telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. YB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri telah merasmikan upacara penutupan PTIWRBNM 2017. Program Ini telah menghimpunkan seramai 580 peserta dari 14 buah kontinjen termasuk BAKTI untuk bertanding dalam perlawanan badminton dan tenpin boling. Selain itu, turut diadakan forum motivasi bertajuk “Wanita dan Kemasyarakatan” serta majlis makan malam untuk mengukuhkan tali silaraturahim dan saling mengenali antara kontinjen-kontinjen.

YB Datuk Seri Najib Razak turut bersama menyaksikan perlawanan pusingan akhir badminton. YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI berpasangan YBhg Datin Seri Lee Sun Loo menang bergaya bertemu dengan SABATI. BAKTI menjuarai Johan dalam acara boling dan tempat ketiga dalam acara sukan badminton. Manakala, dinobatkan sebagai pakaian terbaik dalam bahagian pakaian seragam. Pada keseluruhannya, BAKTI menjadi Juara dalam pertandingan Program tahunan PTIWRBNM Melaka 2017.

Majlis Perhimpunan GEN Y Green The City Melaka 2017 merupakan acara terakhir bagi PTIWRBNM Melaka 2017. Majlis ini telah berlansung di Dataran 1Malaysia, Klebang yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Najib Razak. Majlis ini telah disertai lebih 80,000 pengunjung terdiri daripada golongan belia. YB Datuk Seri Najib Razak telah melepaskan kira-kira 2000 peserta yang menyertai larian ‘Gen-Y Resilient Melaka Fun Ride’ di Bandar Hilir pada jam 9.10 pagi. Pada majlis sama, kapsul masa iaitu ‘Warkah PM’ telah ditanam untuk generasi muda yang akan dibuka semula pada 1 Januari 2050 oleh Perdana Menteri ketika itu.



PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075358
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
122
472
75358