![]() |
Untuk satu jangka masa yang lama, BAKTI beroperasi dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran dari rumah ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir. Satu usaha dilancarkan untuk mendapatkan tanah dan dana bagi membina sebuah bangunan. Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk terdiri dari beberapa ahli BAKTI dan dibantu oleh syarikat arkitek DBA Architect (M) Sdn.Bhd, perunding NFL Sdn.Bhd, Perunding Bersatu Consulting Engineers dan Pentago Sdn.Bhd. Firma-firma tersebut telah memberi khidmat secara gratis. Pada 28hb Mei 2002, selepas 25 tahun penubuhan BAKTI, upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri ketika itu. Pembinaan bermula pada 12hb Jun 2002. Bangunan BAKTI Siti Hasmah, lambang kemegahan BAKTI ini telah dilancarkan pada 12hb Oktober 2003. Semua aktiviti dijalankan di bangunan sendiri, tidak lagi menumpang di rumah orang. Pelbagai kemudahan disediakan seperti Bilik-bilik mesyuarat, Perpustakaan, bilik latihan dan ruang untuk disewakan. Tugas Lembaga Pentadbir
|