Aktiviti MIND

Pelancaran Buku Therapeutic Sensory Stimulation Garden

13 April 2017
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Buku Therapeutic Sensory Stimulation Garden (TSSG): An introduction by BAKTI-MIND Project merupakan kesinambungan daripada Bengkel MIND Education Series XXIV (MES XXIV): Kearah Masyarakat Inklusif melalui Pengenalan kepada Konsep Therapeutic Sensory Stimulation Garden (TSSG)  untuk Masyarakat Pelbagai Umur. Buku ini ditulis bersama oleh Ketua Projek BAKTI-MIND, Dato’ Dr  Zaliha Omar, yang juga mantan Ketua Unit Pemulihan Perubatan, PPUM dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Universiti Malaya, Dr Hazreena Hussein dengan merujuk kepada TSSG di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pelancaran buku telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI pada 13 April 2017 bertempat di Menara Selatan, PPUM. Beliau turut di bawa melawat sekitar TSSG untuk melihat pelbagai tumbuhan yang digunakan untuk proses terapi selain melihat aktiviti terapi yang dijalankan oleh pesakit PPUM. 

Taman sensori membawa maksud suatu persekitaran taman yang direkabentuk khas bagi merangsang pelbagai deria. Rangsangan dari tumbuhan dan ciri-ciri khusus yang boleh membangkitkan deria penglihatan, bau, sentuhan, rasa dan pendengaran berupaya menghasilkan keadaan terapeutik kepada orang-orang yang mempunyai pelbagai keperluan. Ia juga melibatkan 3 deria supra iaitu deria ruang, emosi dan rohani.

TSSG merangkumi ciri-ciri untuk merangsang 8 deria ini dengan mewujudkan tumbuhan pelbagai ketinggian, bentuk, warna dan tekstur yang memanjat ruang udara serta berupaya menghasilkan bunyi, bau dan pergerakan antara terang dan redup, membangkitkan suasana nyaman, adakalanya tenang dan adakalanya menimbulkan perasaan lega dan bebas. 

Sempena pelancaran buku, buku ini boleh didapati dengan harga promosi RM60 senaskhah. Buku boleh didapati di pejabat BAKTI atau hubungi talian 03-77242650 untuk maklumat lanjut.

 

 
     
   

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

075355
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
119
472
75355