Aktiviti Tunas Juara

Kejohanan Badminton Remaja BAKTI 2017

25-28 November 2017
Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BAKTI / MSSWPKL / Sports Arena / Adidas / Aero Sports 2017

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) serta Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) bertujuan melahirkan pemain pelapis dalam arena badminton negara.

Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan BAKTI Siti Hasmah, YABhg Toh Puan Dato’ Seri Dr. Aishah Ong berkata penganjuran kejohanan badminton itu sejak 2006 telah melahirkan pemain-pemain cilik yang serba boleh disamping mencungkil bakat mereka.

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 November 2017 di Sports Arena Puchong. Kejohanan tersebut terbuka kepada pemain-pemain yang berumur 8 sehingga 16 tahun dari sekolah sekitar Kuala Lumpur serta pelatih Tunas Juara BAKTI. Manakala, perlawanan akhir telah berlangsung pada 28 November 2017 di Sports Arena Sentosa. Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderamata telah disampaikan kepada para pemain mengikut kategori perseorangan lelaki dan perempuan dari umur 8 hingga16 tahun yang telah dipertandingkan. Manakala, bagi kategori beregu lelaki dan perempuan dari umur 10 serta12 tahun sahaja.

PENGENALAN

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) telah banyak melaksanakan projek - projek kebajikan untuk membantu semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan budaya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Lokasi Kami

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan BAKTI Siti Hasmah
No. 6 Changkat Abang Haji Openg, TTDI
60000 Kuala Lumpur


Tel: 03-7724 2650/51/52
Fax: 03-7724 2648 
Emailbakti_bbsh@yahoo.com

Jumlah Pelawat

105728
Hari Ini
Semalam
Keseluruhan
340
303
105728