BAKTI

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri

BAKTI

Selamat Datang ke
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI)

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) adalah satu organisasi sukarela yang ditubuhkan di atas kesedaran dan hasrat untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. BAKTI menjalankan pelbagai program amal dan gerak kerja dengan satu matlamat untuk membantu rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Selain dari aktiviti kemanusiaan dan kebajikan, BAKTI turut menganjurkan program peningkatan ilmu dan kemahiran dalam melahirkan golongan isteri pemimpin yang berilmu, serba boleh dan boleh menyumbang kepada masyarakat

Bangunan BAKTI Siti Hasmah (BBSH)

BBSH yang mula didirikan pada 12 Jun 2002 telah siap pembinaannya pada 23 September 2003. Ia dinamakan sedemikian mengambil nama dan memperingati jasa YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang telah menerajui BAKTI selama 24 tahun.

Aktiviti dan Program BAKTI

BAKTI komited melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli serta masyarakat secara menyeluruh. Berteraskan nilai kebajikan, pembangunan insan dan penyebaran ilmu, setiap inisiatif yang dijalankan bertujuan memperkukuhkan kesejahteraan komuniti, meningkatkan pengetahuan serta memupuk semangat kesukarelawanan dan ukhuwah.

PEMBANGUNAN INSAN

Mempertingkatkan dan memperluaskan ilmu pengetahuan dan kebolehan serta pengalaman ahli-ahli ..

SUKAN DAN KEBUDAYAAN

Matlamat Mengeratkan persahabatan melalui aktiviti sukan dan mengalakkan gaya...

KEBAJIKAN

Matlamat Membantu individu-individu atau badan-badan yang memerlukan kewangan untuk...

PENERBITAN DAN PENERANGAN SERANTA

Pengenalan Bahagian Penerbitan bertanggungjawab menyediakan bahan penerbitan seperti GEMA...

PROJEK KHAS

Program ini merupakan satu inisiatif BAKTI bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara. Ianya merupakan usahasama pintar..

BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH

Pelbagai Kemudahan dan Projek Komuniti Kebajikan disedikan di Bangunan BAKTI Siti Hasmah. Antaranya..